Monday, 24 December 2012

Latihan Kata Pameri


KATA PEMERI


Info Kata Pemeri
Apakah kata pemeri…?
  • Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata adjektif atau kata sendi.
  • Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama.
  • Kata pemeri boleh digugurkan.
Contoh;
Jawapan kamu adalah tepat sekali.

A. Pilih jawapan yang betul.

01. Hari ini ialah hari jadi Ahmad.
A. Betul
B. Salah

02. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
A. Betul
B. Salah

03. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.
A. Betul
B. Salah

04. Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.
A. Betul
B. Salah

05. Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.
A. Betul
B. Salah

06. Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara
Masyiroh Taib.
A. Betul
B. Salah

07. Tuduhan itu ialah palsu.
A. Betul
B. Salah

08. Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.
A. Betul
B. Salah

09. Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.
A. Betul
B. Salah

10. Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.
A. Betul
B. Salah

B. Pilih kata pemeri yang sesuai.
 
1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.
2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam
3. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.
4. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja
5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.
6. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.
7. .Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.
8. Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.
9. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.
10. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.
 
Bahagian C
Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1. Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan
Jantung Malaysia dengan Soy Rich.
2. Ayahnya _______________seorang bekas polis.
3. Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.
4. Perempuan tua yang bertudung putih itu _____________ibu saya.
5. Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan
para pekerja sekolah ini.
 
Bahagian D
Arahan: Sambungkan ayat di bawah.
 
Pilih dan masukkan kata pemeri yang sesuai. (ialah / adalah)
1. Rumah itu _____________________________________________
2. Perempuan itu _________________________________________
3. Kereta yang baru lalu tadi ________________________________
4. Hari ini ________________________________________________
5. Beg itu ________________________________________________

KATA TUGAS


 •Kata yang hadir dalam frasaklausa dan ayat dengan tugasnya semata-mata untukmemungkinkan kata lain berperanan dalam ayatsama ada sebagai penerangpenentu,penguatpemeripembantu,  atau tugas lain.


CIRI KATA TUGAS

•       Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat.
•       Mempunyai maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud leksikal.Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain.
•       Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas.
•       Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT.

KELOMPOK KATA TUGAS

KATA PENYAMBUNG AYAT
KATA PRAKLAUSA
KATA PRAFRASA
KATA PASCAKATA

KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan.
  Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayatmajmuk.
Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa.
Tiga jenis kata hubungiaitu:
  kata hubung gabungan
  * kata hubung pancangan
  * kata hubung berpasangan

KATA PRAKLAUSA
Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan
 predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayatTugasnya untuk
 mewujudkan seruanpertanyaanpengiaan atau penerang pada klausa.
Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:
  * kata seru
  * kata tanya
  * kata perintah
  * kata pembenar
  * kata pangkal ayat


KATA PRAFRASA

Kata yang hadir sebelum kelompok katarangkai kata (selain ungkapan atau kata
 majmuk).
Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah:
  kata bantu
  * kata penguat
  * kata penegas
  * kata nafi
  * kata pemeri
  * kata sendi nama
  * kata arah
  * kata bilangan

KATA PASCAKATA
Kata yang hadir selepas perkataanFungsinya sebagai penekan atau pembenda.
Kata yang termasuk dalam pascakata ialah:
  kata penekan
  * kata pembenda

KATA PEMERI

•Kata yang menerangkan hal (perkara atau peristiwa) atau perangkai antara subjek dengan
  frasa utama predikat, dan bersifat pilihan.

•Kata pemeri dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pemerian secara persamaan (ekuatif)
 dan hadir di hadapan FNdan pemerian secara huraiandan hadir di hadapan FAdjdan
FSN.

•Pemerian secara persamaan: ialah dan pemerian secara huraian: adalah

•Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan KKJ, dan dalam ayat nafi.


  > Raja Ali Haji ialah pengarang Tuhfat Al-Nafis
  > Yang dikatakan itu adalah benar
  > adalah dimaklumkan…(tidak gramatis)
  > itu adalah tidak pandai (tidak gramatis)

 Bibliografi

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa dan Pustaka.